25 Oktober 2017 merupakan hari kedua Bengkel Pembinaan Portal Sekolah. Sebelum sesi perbengkelan dimulakan, Mesyuarat Pengurusan GPB/GPICT bil.2/2017 diadakan bagi pembentangan/ pelaporan aktiviti dan keberhasilan sekolah tahun 2017.
Selesai Mesyuarat GPB/GPICT, Peserta bengkel dibimbing berkaitan penggunaan Google Apps iaitu membina borang bagi murid menggunakan kemudahan makmal komputer dan peralatan ICT. Menerusi penggunaan Google Drive dan Google Form peserta juga dibimbing membuat borang bagi perkongsian bahan RPT, Bank soalan dan lain-lain oleh guru-guru di sekolah.
Seterusnya proses migrasi data dari blog atau portal lama dan kaedah menyalin template baru untuk digunakan pada portal yang lama juga ditunjukkan.
Bagi memudahkan pencarian portal sekolah di google search, peserta dibimbing menggunakan google console search menggunakan html.Selain itu, pembinaan sitemap atau peta laman juga turut dilaksankan.
Akhir sekali peserta dibimbing kaedah menggunakan smartphone bagi memudahkan memudahkan peserta/penulis menerbitkan artikel dalam portal.
Post a Comment
Post a Comment