Pada 3 Oktober 2017, Unit Media dan Inovasi Pendidikan telah melaksanakan Mesyuarat VLE 1Bestarinet bil.2/2017.
Mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua PKG Daerah dan Pegawai Teknik dan Vokasional PPD telah membincangkan berkaitan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi menggalakkan penyertaan guru dan murid dalam membudayakan penggunaan VLE dalam PdPc.
Mesyuarat yang bermula jam 9.oo pagi berakhir pada jam 12.00 tengah hari.
Agenda 1: Ucapan Pengerusi | En. Zulkfli b Zakaria [Penolong Pengarah UMIP BTPN Kelantan]
-Ucapan terima kasih
-Pn. Nurul Hidayah sebagai pegawai yang bertugas berkaitan VLE Negeri Kelantan yang baru
-Persefahaman dan kesepakatan bersama JPN
-Harapan dengan kerjasama PPD - untuk ubah senario sekolah-sekolah yang capai kejayaan dalam Anugerah Pembestarian Sekolah, sentuhan pegawai PPD dari SIC+ dan PKG
-Harapan sekurang-kurangnya dalam setiap PPD ada sebuah sekolah yang boleh dijadikan sebagai benchmark dan setiap PKG mempunyai sebuah sekolah untuk benchmark
-Perluas Program HUB PKG 2017 iaitu dari 11 buah HUB pada tahun 2017 kepada semua PKG [2018]
-Tahun 2018, Kelantan akan melaksanakan mini Leap Zon Timur
-Amat berharap kerjasama SIC+ dan PKG dalam menjayakan program tahun 2018
Agenda 2: Pengesahan Minit Mesyuarat
-En. Mohd Razlan (PPD Jeli) membuat cadangan dan di sokong oleh En Zulkfli b abdullah (PPD Pasir Mas)
Agenda 3: Pelaporan VLE 2017 | En. Ismahawaii [Pegawai Meja VLE BTPN Kelantan]
-Pencapaian prestasi dan analisis data KPI mengikut PPD dan perbandingan dengan negeri-negeri lain
-Pelaporan Program PKH HUB
Agenda 4 : Hal-hal lain
-SIC+ PPD Tumpat - Mengalu-alukan perancangan BTPN untuk mengadakan bengkel/kursus kepada pegawai PPD
-Program Classroom Makeover - tidak dimakluman kepada PPD berkaitan syarat, permohonan dan matlamat program
-PPD Bachok - Masalah sekolah yang telah membuat pelupusan peralatan ICT menyebabkan makmal komputer tidak dapat digunakan
-Capaian internet tidak stabil, laporan speedtest yang dibuat disekolah telah dihantar ke PKG namun masalah tidak dapat diselesaikan walaupun laporan telah dibuat kepada YTL
-Latihan HUB PKG - guru yang terlibat tidak menyeluruh
-PPD Pasir Puteh - Persetujuan untuk wujudkan group whatsapp atau telegram namun belum ada tindakan
-PKG Badak - Pengambilan FA oleh pihak YTL tidak dimaklumkan kepada PKG
-PKG Bukit Jawa - Penilaian semula penggunaan FA
Post a Comment
Post a Comment